SECOND-STREET.net
16Feb/121

Beatbox Battle World Championship Yang Ketiga

Posted by shazet

Beatbox Battle World Championship yang Kedua pada Tahun 2009, aku represent Malaysia. Walaupun aku tak lepas round eliminasi tapi aku dah cuba yang terbaik. Banyak pengalaman aku belajar dan aku akan cuba lagi! Sememangnya, masa aku berada pertandingan ini, memang GEMPAK! Pengalaman beatbox yang luar biasa. Ramai bangsa dari negara-negara lain bersatu dalam satu event. Dan kali ini Beatbox Battle buat World Championship buat untuk kali Ketiga, nama aku tersenarai dan aku represent Malaysia sekali lagi. Ramai rakyat Malaysia bergantung dan berharap kepada aku. Aku sekarang sedang bersiap sedia dan sedang mencari teknik dan stamina baru. Tapi satu saja masalah aku, aku tak ada duit Kapal Terbang ke Berlin, Germany. Aku perlukan tajaan. Sangat perlu... Kau bantu aku, aku bantu kau. Doakan aku supaya aku dapat tajaan. Ya Allah dan Amin.

Beatbox Battle World Championship yang Ketiga akan berlangsung pada Tarikh 30hb & 31hb March 2012. Lokasinya di Astra Kulturhaus, Berlin, Germany. Kepada peserta yang bertanding akan diberi Hostel percuma untuk tidur di Generator Hostel Berlin dari 30hb March hingga 1hb April. Alhamdulillah, Beelow sudah book-kan untuk aku. Siapa Beelow? Beelow ini adalah pengasas kepada Beatbox Battle organisasi dan orang yang buat event terbesar beatbox dunia ini.

Pada tahun 2009, terdapat 70 lebih peserta yang bertanding dan pada tahun 2012 ini, aku rasa yang akan hadir barangkali 1000 lebih dan yang akan bertanding barangkali 100 lebih peserta. Tahun ke tahun terlalu ramai beatboxer baru akan muncul. Jadi kira ramailah beatboxer akan pertanding. Doakan aku supaya dapat Top 5. Ya Allah dan Amin. Kira baguslah dorang adakan Beatbox World Champion, ZeDe jadi sebagai juri. ZeDe ini beatboxer kegemaran aku, flow dan teknik dia KEMAS! Roxorloops Beatbox World Vice-Champion pun jadi juri lagi, masa dulu-dulu mula jinak dengan beatbox memang selalu dengar Roxorloops, bunyi drum set GILA REAL!

Itu sajalah, aku berharap dapat tajaan itu dan dapat pergi. Aku mahu represent Malaysia sekali lagi. Agak sedih jugalah walaupun aku seorang 2008 Melbourne Beatbox Champion dan 2010 Malaysia Beatbox Champion tidak ada lagi tajaan. InsyaAllah, aku dapatlah tajaan itu secepat yang mungkin. Ya Allah dan Amin.

Oh ya, mahu tahu lebih lanjut pasal Beatbox Battle korang boleh ke laman web ini: http://www.beatboxbattle.com/
Dan juga boleh tengok video production dorang di laman web: http://www.youtube.com/c4mc4st

9Feb/12Off

Semua pasal Nyamuk dan Istimewanya.

Posted by shazet

Soundclip untuk menjauhikan anda dari Nyamuk-nyamuk disemak dan tempat kotor. Aku tau ramai fobia Nyamuk, gatal dan sebagainya.

Virus Malaria juga datang dari seekor Nyamuk. Jadi saintis dari National Academy of Sciences buat kajian tentang Nyamuk ini yang tidak ada mani. Aku payah sikit nak terang dari English ke Melayu jadi korang rajin-rajinlah baca sendiri: http://healthland.time.com/2011/08/10/spermless-mosquitoes-a-new-way-to-curb-malaria/


Kadang-kadang aku rasa kagum juga dengan Nyamuk. Walaupun ramai tak suka Nyamuk tapi dalam golongan Superhero, Nyamuk dapat tangga kedua. Tak percaya? Meh, baca kat sini: http://www.cracked.com/article_19305_7-real-insect-superpowers-that-put-spidey-sense-to-shame.html?utm_source=facebook&utm_medium=fanpage&utm_campaign=new%2Barticle&wa_ibsrc=fanpage

Jangan main-main pasal Nyamuk. Nyamuk juga senarai sebagai Binatang-binatang dalam Islam, seperti: Labah-labah, Unta, Kambing, Ulat, Gagak, Ular, Lembu dan sebagainya. Ada satu kisah tentang Nabi Ibrahim (a.s.) semasa baginda berlawan dengan Tentera Namrud. Maka Nabi Ibrahim (a.s.) berdoa kepada Allah untuk kirimkan tentera Nyamuk untuk kalahkan Tentera Namrud. Mahu tahu cerita lanjut rajin-rajin baca disini: http://nur-addin.blogspot.com/2010/06/tentera-namrud-berlawan-dengan-tentera.html

9Feb/120

Beatmaker yang Milo Taboq Ataih!

Posted by shazet

Aku guna istilah 'Milo Taboq Ataih' sebab minuman 'Milo Taboq Ataih' sangat best dan sedap! Nak cakap pasal beatmaker, terlalu ramai beatmaker yang buat aku berinspirasi. Daripada genre Hip-Hop ke genre Drum-And-Bass terlalu ramai. Tapi disini aku akan ceritakan dalam Top-List aku. Mula-mula aku akan dari genre Hip-Hop:

DJ Premier, Stoupe, RJD2, Snowgoons, Nujabes, Flying Lotus, Marco Polo, Jaisu, S-Type, AraabMUZIK, Peter Songolo, The Alchemist, MicWrecka, The Glitch Mob, 9th Wonder, RZA

Apa itu Dubstep? Dubstep adalah gambungan dua genre antara 2-Step dan Dub. Tempo bermula dari 140BPM, pada asal bunyi agak experimental tapi sejak tahun 2010, Dubstep dia klasifikasi dalam golongan Electronik Muzik. Dubstep sekarang sudah mainstream dan pendengar akan wobble atau drop. Itu Dubstep sekarang, Dubstep Old-skool lebih kepada stok mau buat orang stone. Apa-apa pun Top-List aku untuk genre Dubstep:

Datsik, Downlink, Skrillex, Kill The Noise, Nero, Doctor P, Level 67, Flux Pavilion, Excision

Drum-And-Bass ini lagi lama dari genre Dubstep. Walaupun orang anggap Dubstep dan Drum-And-Bass adalah adik-beradik. Drum-And-Bass selalu mula dari Tempo 170BPM. Sub dan sound design banyak main peranan dalam setiap lagu-lagu Drum-And-Bass. Jadi inilah Top-List aku untuk genre Drum-And-Bass:

Noisia, Phace, Misanthrop, Camo & Crooked, Chase & Status, Maztek, Receptor, Donny, Current Value, Amon Tobin, Spor, Billian, Shem

Dulu-dulu minat robot dan Power Rangers. Masih lagi ada rasa minat itu tetapi dalam muzik pula. Beatmaker ini semua pakai pakaian robotic dan ala-ala Power Rangers. Ramai keliru antara Electro dan Club muzik. Bunyi sama tapi sangatlah berbeza. Kalau genre Electro:

Daft Punk, The Third Twin, Bag Raiders, Justice

Nak katakan beatmaker tak juga tapi cara mereka kompose muzik untuk band mereka. Aku tak perlu cerita sangat pasal genre sebab ramai sudah tahu apa genre ini. Dan ini Top-List aku untuk genre Punk/Rock/Metal:

Black Tide, Linkin Park, Slipknot, Sum 41, Yellowcard, Bunkface, Hujan, My Chemical Romance, Sepultura

8Feb/120

Artis Perempuan Independent Kegemaran Aku

Posted by shazet

Di Malaysia ini ramai sangat dah penyanyi tapi cuma setengah penyanyi yang aku sangat suka. Pernah masuk TV dan sekian tapi tak terkenal seperti artis-artis. InsyaAllah, dalam masa depan nanti aku plan nak collabo dengan dorang. Pertama sekali aku nak perkenalkan Lynzayy A. Lynzayy adalah seorang penyanyi dari kumpulan Senoritas dan Apple Juice yang membawa genre Pop/Electro/RNB/HipHop.  Ini lagu salah satu lagu masa Lynzayy dalam Senoritas, Asmara:

Yang kedua ialah artis yang cuma buat video di Youtube dan Soundcloud sahaja. Aku perkenalkan Amira Nasyrah. Si gadis comel ini banyak buat cover sambil main Piano. Bagi aku sangat sesuai suaranya dalam lagu-lagu aku kompose. Amira Nasyrah pernah masuk dalam TV9 rancangan Nasi Lemak Kopi O.

Kalau mereka tak feature dalam track ZeroPoint.0 barangkali dalam track-track solo aku. InsyaAllah, ada kereta nanti aku senang gerak ke studio dan siapkan semua track yang sekian lama ditangguh. Sebenarnya ada lagi ramai artis tapi aku berhenti disini lain kali aku akan update.

8Feb/120

ZeroPoint.0 Kasi Gegar & Kasi Langgar!

Posted by shazet

ZeroPoint.0 persembahan live tajuk lagu Tempur bergambung sama Ali Terbang.

ZeroPoint.0 persembahan live tajuk lagu Sifar.

Alhamdulillah, Official Muzik Video, 'Sifar' sudah habis shooting. Terima kasih kepada Ikhwan Izaidi, Khidir Al-Hallaj, ALTRBG, Reezalt Gazi, Phat Al, Freakuensi, Fakhry Ilham, Muyu, Naim Jinx, Ashraf Zain of KLX Super Mortad yang sanggup hadir untuk shooting ini. Terima kasih pada yang sponsor kami: The Swagger Salon bagi Lansi & Taikor, PUMA, Famous and Kraezy Clothing. Dan venue District Gallery & Shop untuk scene terakhir untuk DJ Anowl kasi tapau dengan effect dan glitching.

Tetapi sebelum keluar Muzik Video, 'Sifar' - aku akan release Muzik Video, Renungkan lagu ciptaan Nawi. InsyaAllah, dalam bulan ini keluar video-video ni semua. Harap-harap juga 'Sifar' dapat hantar mixing dengan kualiti yang MANTOP! sebelum betul-betul aku nak release Muzik Video, 'Sifar'.

Sekali lagi aku ucapkan TERIMA KASIH kepada Allah sebab dengan secara tiba-tiba dapat interviu ZeroPoint.0 masuk ke The Star iPad dan ME! Portal. Syukur banyak-banyak!

Artikel ZeroPoint.0 dalam ME! Portal: http://www.meportal.net/me.php?id=372

Artikel ZeroPoint.0 dalam The Star iPad: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.334850813201320.86595.219203594766043&type=3

8Feb/120

Muzik-muzik dari Mulut yang aku Tabik

Posted by shazet

Produksi oleh Faith SFX - Beatboxer kegemaran aku semasa aku mula-mula belajar beatbox dulu. Masa aku minat Faith SFX, dia sudah buat banyak track guna mulut dia. Bunyi sebijik macam instrumental betul dan dari sejak aku dengar lagu, 'Oh My', aku mula terpegaruh. Faith SFX ialah UK Beatbox Champion 2005.

MC Xander best sebab muzik jenis layan dan melayang. Dia pandai nyanyi ala-ala reggae dan pandai rap, itu yang aku tabik. Muzik dia selalu milik dia, tak pernah tiru dan sentiasa original. MC Xander guna alat-alat macam aku juga, pakai Kaoss Pad 3.

Bagi aku Beardyman ialah seorang Master dalam Live Looping. Favourite set aku dari Beardyman masa dia buat Live Looping Neurofunk. Aku macam, "Anak Haram kau dapat buat sub dengan sound Neuro sebijik macam lagu-lagu Neurofunk aku pernah dengar." Tapi video yang kat atas ini menunjukkan Music Video Beardyman crossover dengan Dolby Digital. Pergh, memang sedaplah dapat buat muzik surround sound pakai beatbox.

8Feb/120

Banyak lagu Hip-Hop Melayu sekarang keluar pasal Kampung mereka!

Posted by shazet

RUN KK by Kozae feat. Ali Terbang, Kudique, Phatbrown & Hassan KTM

KL City - RydzaRadzy, Al-Z, Mr.Dan & Freakuensi

Rembau Most Wanted (C. R. E. A. M. Remix) by W. A. R. I. S.

Rap Melayu sudah ramai menunjuk belang dan ianya menjadi. Flow dan Lirik di gunakan dengan bagus sekali. Berbunyi sangat indah ditelinga. Harap-harap scene Rap Melayu dapat menonjol kepada umum dengan baik. Kita kena saling bantu-membantu sebab scene Rap Melayu sangat kecil, tak perlu bermusuh atau dengki antara satu sama lain. Kalau nak bangkit mari angkat sama-sama seperti mana askar Malaya dulu mempertahankan Tanah Melayu.

 

29Jan/120

Aku ubah fikiran pasal KORG

Posted by shazet

Hari tu aku ada cakap yang aku nak beli Kaoss Pad Quad sebagai effect pedal aku tapi... Aku ubah fikiran nak beli Mini Kaoss Pad 2. Effects feature dia sama dengan Kaoss Pad 3 dan Kaoss Pad Quad gabung sekali. Bentuk dia kecil dan comel, jadi ini aku akan angkat dari kedai kalau benda ini jual di kedai-kedai muzik Malaysia. Setengah orang kata Midi input dan output takde tapi bagi aku, aku tak perlu Midi, ada Jack Output Headphone pun dah cukup untuk LIVE kreativiti aku. InsyaAllah, aku akan beli ni dan kerjaya dalam bidang beatbox aku akan jadi mudah.

29Jan/120

CAPCOM buat game yang Gempak-Gempak dah sekarang!

Posted by shazet

Wassssssuuuuupppppppppppp!!!!????

Tahun ini bagi orang cina ialah Tahun Naga. Jadi maknanya? Aku sembur API: *FFFFZZZZZZTTTTTTKKKKK!*
Hahaha, aku nak tulis Bahasa Melayu dari sekarang untuk update harian atau mingguan. Aku akan tulis Bahasa Inggeris misalnya artikel aku ini penting untuk Dunia, InsyaAllah!

OK! Hari ini aku mahu cakap pasal CAPCOM. Game syarikat, CAPCOM. Anda mesti kenal dengan nama terkenal Capcom ini. Capcom cukup terkenal apabila setiap orang main Street Fighter, pergh! siapa tak kenal Street Fighter game paling terunggul - lagi game yang orang ingati! Jadi Capcom sambung balik game 'Marvel vs Capcom' franchise dengan 'Marvel vs Capcom 3'. Sekian selepas 10 tahun kemudian baru mereka buat installment yang ketiga - selepas 'Marvel vs Capcom 2' yang sangat terhangat pada musim PS2 dulu. Pastu terus takde dengar berita dari Street Fighter sejak itu. Senyap Terus. Sekali keluar trailer 'Marvel vs Capcom 3' semua orang bising dan termasuk aku jugak! Ia-ia je aku nak character apa nak masuk dalam game ni tapi Capcom dan Marvel bijak marketing buat teaser kau-kau.

Lama kelamaan, Capcom sangat terkenal dengan Action Games tapi kali ini Capcom banyak tambahkan elemen-elemen RPG. Cara Capcom tambah Elemen RPG sangatlah kreatif dan terbaik. Seperti game Dead Rising, game yang pasal bunuh Zombie. Capcom dah lama buat game RPG (Breath of Fire) tapi tak se-terkenal seperti Square-Enix. Banyak game RPG dari Capcom buat dalam PSP dan aku ambik jenguk game berjudul, Last Ranker.

Bagi aku game ni nampak unik cara Battle System dia dan paling berinspirasi ialah OST dia, memang ANAK HARAM aku habaq hang! Composer Yoko Shinomura terus jadi artis kegemaran aku. Dengar je darah aku pump-up! Berbalik kepada game Last Ranker ini. Bagi aku banding character design dari Square-Enix & Capcom, aku suka lagi Capcom. Aku bukan benci Square-Enix dan aku masih main game Final Fantasy & Kingdom Hearts. Cuma Capcom lagi mengikut logik akal fikiran dan sangat style, Mature.

20Jan/120

Akai MPCs or Some other methods to Sample.

Posted by shazet

I always interested in Akai gadgets especially the MPC. I would go crazy if I owned one. But, lately, what interesting is Akai release they own Akai App on iPad (I wish they could have it on Galaxy Tab, Damn!). You could sample directly via iTunes and put sample packs into your memory or SD Card. It seems lot faster than traditional recording through the RCA Cable.

Actually, there are a lot of ways to achieve this kind of MPC digitally now days. Like, Korg, they invented Korg Kontrol Pad and Nanopad. Quite famous with their X/Y Pad, you could glitch, velocity, automation and other effects. Make sure you plug the USB to your laptop or PC.

One way to do it CHEAP! Just you use Fruity Loops. Chop the sample you like in Edison and prepare you own drum kits. So far and lately I uses Fruity Loops to sample and resample some sounds and musics. I like sound designing very much, usually starts from piling some snares then design it into waterdrop or neuro wobs or new instruments. Surprisingly, Fruity Loops can do many ideas.

As a beatboxer, myself, I've already owned Kaoss Pad 3 & Kaossilator Pro. Just these two gadgets are very powerful tools to explore my ideas in composing beatbox. I have perform with them quite sometimes now, it was last year I started using them, many have impressed of what I am doing with it. Kaoss Pad 3 itself is very powerful with variety of effects. Sometime I like to glitch my loopings but at the moment I met some limitations. So I usually improvise with my beatbox to play around.

Then few months later Korg came out with new tool called, Kaosspad Quad. This one is less rather interesting when this gadget came out, for me at least. After, I've done a bit of research, it is a good tool to work with. It got some cool effects I wanted. Hopefully, I could owned this and enhance more of my ideas when doing it live.